Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, tampil menjelaskan mengenai dakwaan yang dibangkit terhadap dirinya yang cuba mempengaruhi keputusan pengadil melalui mesej baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, dia berkongsikan: "Antara dakwaan yang dibangkitkan ialah seolah-olah saya memberi tekanan serta cuba mempengaruhi keputusan pengadil melalui mesej yang dihantar kepada Ketua Unit Pengadil, Haji Kassim Kadir Bacha.
Advertisement
"Turut timbul persoalan sama ada tindakan tersebut boleh dianggap sebagai suatu bentuk ‘corruption’ (rasuah).
"Untuk penjelasan, mesej berkenaan telah dihantar pada 23 Februari 2026, jam 12.56 pagi, iaitu selepas tamat perlawanan antara Selangor FC dan Kuching City FC. Tujuan mesej tersebut adalah semata-mata untuk menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil pada minit-minit akhir perlawanan, yang pada pandangan saya tidak melalui semakan VAR.
"Adakah tindakan tersebut merupakan satu
bentuk rasuah ('corruption')? Jawapannya tidak. Tiada sebarang tawaran, imbuhan atau unsur yang boleh ditafsirkan sebagai rasuah dalam mesej tersebut.
Adakah saya cuba mempengaruhi
keputusan pengadil? Juga tidak. Sekiranya itu niat saya,… pic.twitter.com/NL8yWdrgun— FinaNasrom (@fnasrom) April 30, 2026
"Demi ketelusan, saya telah berkongsi tangkap layar mesej tersebut kepada umum.
"Selain itu, sejurus isu ini timbul, saya sendiri telah mengemukakan tangkap layar mesej berkenaan kepada Dato’ Abd Ghani, Presiden MFL, serta Datuk Noor Azman, Setiausaha Agung FAM, dan memohon agar siasatan dijalankan sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah atau cubaan mempengaruhi keputusan pengadil. Salinan mesej tersebut turut disertakan.
"Kenyataan ini dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenar dari pihak saya. Saya juga tidak mahu Selangor FC dan Persatuan Bolasepak Selangor terpalit dengan isu ini, memandangkan dakwaan tersebut ditujukan kepada saya secara peribadi sebagai pegawai kelab." kongsinya.