Skip to main content

Bola Sepak

Safee Sali sedia galas cabaran sebagai Presiden FAM

Safee Sali sedia galas cabaran sebagai Presiden FAM

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, menyatakan kesediaannya untuk menyahut cabaran sekiranya diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Safee, badan induk bola sepak negara perlu diterajui oleh individu yang bukan sahaja berpengalaman luas dalam dunia sukan, tetapi juga memahami keperluan sebenar pembangunan bola sepak tanah air bagi memastikan hala tuju skuad kebangsaan terus berada di landasan yang tepat.

Kredibiliti Safee turut terserlah melalui komitmennya dalam pembangunan akar umbi. Selepas bersara daripada arena profesional, dia berjaya melahirkan dan membentuk perintis muda menerusi akademi kendaliannya, Super Safee Soccer School, yang menjadi platform penting dalam membangunkan bakat baru bola sepak Malaysia.

"Saya sedia menyahut cabaran. Mengambil contoh seperti negara Jepun, mereka menggunakan struktur pengurusan yang dipimpin oleh bekas pemain," katanya ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

Pengalaman luas dan penglibatan aktif Safee dalam pembangunan pemain muda menjadikannya calon yang relevan untuk memimpin FAM ke arah tadbir urus yang lebih mantap dan sistem pembangunan bola sepak yang holistik.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video