Skip to main content

Badminton

Badminton: Pecah badi! Kejutan besar ke final musnahkan rekod beregu pertama dunia sejak Oktober 2025

Reddy

Ini merupakan kekalahan pertama beregu nombor satu dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, tahun ini dan yang pertama sejak pusingan kedua Terbuka Denmark 2025.

Juga, ini adalah kekalahan pertama wakil unggul Korea selatan itu terhadap Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty sepanjang pertemuan dalam siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF). 

Gandingan dari India itu memecahkan dua kebuntuan dalam masa sama untuk mara ke perlawanan akhir buat kali kedua selepas Terbuka Thailand musim ini.

Pemenang tempat ketiga Piala Thomas itu menundukkan pilihan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura itu dengan kemenangan straight set 21-19, 21-18 dalam tempoh 52 minit dalam separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura semalam.

Mampukah mereka meraih gelaran sulung musim ini?

Menanti di final adalah beregu lelaki Indonesia, Fajar Alfian-Shohibul Fikri, sebagai halangan terakhir untuk merangkul kejuaraan berstatus super 750 itu. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video