Skip to main content

Permotoran

Singgah GP: Meriah! Peminat tempatan tonton siaran langsung sambut kejayaan Hakim Danish

singgah gp

Lepaking Six 7, Gombak meriah dengan kehadiran ramai peminat sukan permotoran tempatan yang berkumpul untuk sama-sama menyaksikan saingan MotoGP, Grand Prix Itali hari ini.

Memasuki tahun ketiga dianjurkan, siri keempat daripada 14 Singgah GP tahun ini, yang dikendalikan TW Media, terus menyediakan platform mengeratkan hubungan sesama komuniti permotoran dalam suasana santai.

Selain itu, ia turut menjadi salah satu inisiatif untuk menarik semula minat orang ramai terhadap arena sukan dua roda dan empat roda, sekali gus meningkatkan jalinan masyarakat setempat.

Peminat yang hadir dalam siri kali ini mendapat hadiah istimewa apabila pelumba negara, Hakim Danish Ramli, memperoleh kedudukan podium pertamanya dengan menamatkan saingan Moto3 di tempat ketiga.

Pengurus Pemasaran TW Media, Osman Mohammad, berkata kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf: "Sebenarnya ini tahun ketiga Singgah GP dan tahun ini paling meriah kerana kita ada pelumba dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

"Sambutan tahun ini memang menggalakkan, siri pertama juga sudah ramai yang datang.

"Saya tidak sangka hari ini akan seramai ini, mungkin impak daripada tunggangan konsisten Hakim Danish sejak kebelakangan ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video