Skip to main content

Bola Sepak

Hangat! Spekulasi jersi terkini Harimau Malaya

Puma

Media sosial sejak malam tadi bergegar tentang gambar tidak rasmi berkenaan jersi terbaru Harimau Malaya tahun ini dikongsikan oleh oleh sebuah halaman berpengaruh dunia. 

Footy Headlines yang secara amnya sering memuat naik hal berkaitan jersi kelab mahupun negara seluruh dunia mencuri perhatian apabila skuad Malaysia difahamkan bakal memiliki kelengkapan baharu bagi musim ini.

Menerusi tinjauan yang tular itu, warna kuning terus menjadi kit utama pasukan kebangsaan ditambah dengan jalur berwarna hitam sebagai corak terkini.

Tiada pengesahan rasmi daripada pihak-pihak berwajib mengenai spekulasi itu setakat ini.

Pada awal tahun lalu, Puma menjadi penaja pakaian rasmi pasukan bola sepak Malaysia di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menamatkan kerjasama selama 18 tahun antara Nike sebelum ini. 

Disember lalu, syarikat pakaian sukan terkemuka itu mengumumkan jersi ketiga Harimau Malaya yang berwarna biru selepas kali terakhir Malaysia mempunyai warna tersebut pada era 2018-2020.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video