Skip to main content

Bola Sepak

Angkat kaki? Status bintang JDT jadi tanda tanya

Heberty

Bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)? 

Tinjauan laman transfermarkt menunjukkan kontrak Heberty Fernandes akan berakhir hari ini. 

Status bintang Harimau Selatan itu menjadi tanda tanya selepas rakan sepasukannya, Bergson Da Silva, memuat naik Intagram Story berkenaan Heberty seperti memberi bayangan bahawa perjalanan pemain kelahiran Brazil itu akan berakhir bersama gergasi Liga Super itu. 

"Last dance," katanya sambil merujuk Heberty. 

Namun, belum ada kenyataan rasmi daripada tonggak berusia 37 tahun itu ataupun kelab JDT. 

Bekas pemain Cerezo Osaka itu tiba di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dari Bangkok United sebagai antara pemain sandaran dan terus menampilkan impak besar dengan sepakan kaki kiri berbahayanya. 

Dengan rekod 74 penampilan bersamaan 30 gol, Heberty antara watak JDT menjulang pelbagai kejuaraan domestik, sekali gus membantu mengekalkan rekod tanpa kalah buat juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu.

Musim ini menyaksikan dia hanya mencatat 13 penampilan, selain tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video