Lee Zii Jia berhasil menewaskan wakil Jepun, Koki Watanabe, dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala Thomas di Denmark tetapi skuad badminton lelaki negara terpaksa akur menamatkan pusingan awal itu selaku naib juara kumpulan.
Ini selepas skuad negara tewas 2-3 kepada Jepun, di mana dua perseorangan lain gagal menyumbangkan mata.
Advertisement
Perseorangan utama, Leong Jun Hao, tewas mudah 11-21, 15-21 sebelum gandingan Aaron Chia-Tee Kai Wun kembali mengikat kedudukan 1-1 dengan menewaskan Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi 16-21, 21-14, 21-19.
Bagaimanapun, Jepun kembali berada di depan apabila perseorangan kedua, Justin Hoh, tewas 15-21, 12-21 kepada Yushi Tanaka.
Malaysia kemudian sah bergelar naib juara kumpulan apabila gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Soh Wooi Yik tumbang 21-14, 19-21, 19-21 kepada Takumi Nomura-Yuichi Shimogami.
Zii Jia kemudian mempamerkan aksi kukuh untuk meraikan kemenangan pertamanya ke atas Watanabe dengan keputusan 21-13, 21-19.