Skip to main content

Bola Sepak

Panas! Ini pendedahan skandal terbesar disembunyikan FIFA, Argentina terlondeh!

AFA

Sembilan jam yang penuh drama. Rasuah paling besar?

Media sosial bergegar dengan pendedahan dibuat oleh wartawan sukan antarabangsa, Romain Molina, tentang jenayah bola sepak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu sendiri dengan keterlibatan 'mafia bola sepak Argentina'. 

Video yang berdurasi 24 minit itu merupakan hasil siasatan terperinci tentang dakwaan skandal terbesar yang cuba disembunyikan oleh FIFA dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Molina yang terkenal dengan beberapa pendedahan hebat sebelum ini terus membuka pekung kegiatan dalaman industri bola sepak antarabangsa kepada umum tentang apakah sebenarnya yang berlaku. 

Kali ini, dakwaan korupsi membabitkan FIFA dan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) semakin merisaukan, dan peminat mula mempersoal dan mendesak supaya siasatan dilakukan serta merta. 

Antara fokus utama adalah Molina mendakwa FIFA melindungi AFA meskipun terdapat siasatan penggubahan wang haram dan penyelewengan kira-kira RM1.2 bilion. 

AFA menyerahkan hak komersial kepada sebuah syarikat swasta di Miami yang baru diwujudkan sembilan hari sebelum juara bertahan itu memenangi Piala Dunia 2022 dan beberapa hadiah dipindahkan kepada beberapa syarikat lain. 

Ada pegawai AFA yang menerima banyak manfaat mewah secara peribadi. 

Butiran penuh siasatan: 

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan balas daripada FIFA mahupun AFA setakat ini. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video