Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Dia bodoh! -- Bekas jurulatih Harimau Malaya

Claude

"Dia bodoh dan sangat berbahaya untuk bola sepak. 

Mantan jurulatih Harimau Malaya, Claude Le Roy, mengecam Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas kredibiliti yang semakin dipertikai termasuk beberapa keputusan badan induk itu yang terus dipersoal oleh peminat seantero dunia. 

Ia, selepas beberapa kontroversi melanda Piala Dunia 2026, sekali gus menerima pelbagai kritikan. 

"Saya terkejut dia (Infantino) masih menerajui kerusi panas itu.

"Saya tidak faham bagaimana untuk menerima kenyataan bahawa dia nampaknya satu-satunya calon dalam pemilihan jawatankuasa akan datang bagi penggal baharu.

"Walaupun dia memiliki kelebihan sebagai seseorang yang mahir dengan pelbagai bahasa, tetapi dia sangat berbahaya. 

"Tiada unsur positif, malah terus mencemar sukan ini.

Le Roy mengemudi skuad kebangsaan Malaysia bermula 1992 hingga 1995. Pengendali kelahiran Perancis itu kemudian meletakkan jawatan susulan kegagalan membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik 1996. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video