Skip to main content

Bola Sepak

Dari Amerika Syarikat ke Tanah Beradat! Negeri Sembilan sambar Wan Kuzain?

da

Tonggak tengah Sporting JAX, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal, difahamkan akan memperkuatkan Negeri Sembilan menjelang musim baru Liga Malaysia 2026/27 (Liga-M) nanti.

Menerusi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: "Negeri Sembilan difahamkan melakukan 'marquee signing', Wan Kuzain yang beraksi di Amerika Syarikat bersama Sporting JAX antara nama yang dikaitkan menyertai skuad Jang." kongsinya di laman X.

Wan Kuzain antara 26 pemain yang dipanggil menyertai kem kebangsaan yang diketuai jurulatih Interim, Tang Cheng Hoe, bagi persediaan menghadapi Piala Hyundai ASEAN 2026 nanti.

 

 

 

Pemain berusia 28 tahun itu akan melaporkan diri ke kem pusat bermulai 15 Julai bagi menjalani persiapan selama lapan haru sebelum ke Yangon dengan Malaysia dijadualkan berdepan Myanmar (25 Julai) sebelum menentang Laos (28 Julai) serta Thailand (1 Ogos) dan Filipina (8 Ogos) dalam saingan Kumpulan B. 

Untuk rekod, adik kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kuzri bakal menjadi individu penting buat skuad Jang selepas menandatanganinya pada musim lalu sebelum pinjaman ke UM Damansara dan pulang untuk berkhidmat bersama Negeri Sembilan semula.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video