Skip to main content

Advertisement

Badminton

Piala Uber: China terlalu ampuh, atasi skuad negara 3-0

j

China menghantar pulang skuad Piala Uber negara apabila mara dengan kemenangan 3-0, sebentar tadi. 

Walaupun ada perbezaan lebih 30 anak tangga antara kedua-dua pemain ini, K. Letshanaa tidak gentar untuk mempamerkan aksi terserlah di gelanggang utama, bertemu Wang Zhi Yi.

Advertisement

Hanya kali kedua bertemu dalam kerjaya masing-masing, Letshanaa memastikan pengajaran dalam pertemuan pertama Piala Uber yang lalu sebagai bekalan ke kempen di Horsens, Denmark.

Dari ketinggalan sebanyak tujuh mata, pemain perseorangan kebangsaan itu mengejar hingga hanya empat mata menjadi pemisah dalam set pertama.

Namun, siri kesilapan membawa padah hingga Zhi Yi meraih kemenangan 21-17.

Letshanaa memperkemaskan aksi dalam set kedua menerusi semangat juang tinggi dan meskipun ketinggalan, dia akhir mengikat Zhi Yi beberapa kali hingga mendahului 12-11 pada satu ketika.

Tetapi sekali lagi siri kesilapan menghantuinya sebelum tewas 18-21 kepada lawan di ranking kedua dunia itu.

Prestasi itu sedikit sebanyak menjadi pemangkin semangat untuk beregu wanita pertama negara yang diwakili Ong Xin Yee-Carmen Ting.

Berdepan misi sukar kerana perlu mengatasi gandingan nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning, gandingan muda negara itu memperagakan keyakinan yang cukup luar biasa sepanjang aksi.

 

 

 

Ketinggalan lima mata dalam set pertama, Sin Yee-Carmen mengejar hingga merapatkan jurang untuk sedikit harapan kebangkitan.

Sayangnya, pengalaman lawan jelas menjadi pemacu kejayaan 21-14 beregu China tersebut.

Dan meskipun diikat dua kali dalam set kedua, beregu wanita muda negara berjuang hebat untuk kemenangan 21-16 dan aksi lebih sengit set ketiga, pihak lawan kembali menemui rentak 21-13.

Beban untuk skuad negara bangkit kemudian disandar di bahu perseorangan muda negara, Wong Ling Cing, dan ternyata lawan yang dihadapi bukan sebarangan.

Chen Yu Fei selaku pemain wanita keempat dunia mudah menghantar China ke separuh akhir Piala Uber dengan kemenangan 21-10, 21-10. 
 

Must Watch Video