Skip to main content

Bola Sepak

Bersorak tonton Piala Dunia, balik tinggalkan sampah sarap

sampah

Sedih melihat keadaan Dataran Merdeka selepas aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina.

Demikian antara petikan dari kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikongsikan di laman sosial rasmi mereka selepas lokasi ikonik dan bersejarah itu dipenuhi dengan sampah sarap, ditinggalkan orang ramai yang tidak bertanggungjawab.

Sudahlah diberikan hiburan secara percuma menerusi tayangan skrin gergasi. Mentaliti yang ditunjukkan pula jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan wakil Asia yang beraksi di Piala Dunia 2026, Jepun.

Rakyat Malaysia antara yang kagum dan memuji disiplin tinggi rakyat Jepun terutama dari segi kebersihan, sejak sebelum negara matahari terbit itu melayakkan diri buat kali pertama di Piala Dunia 1998.

Bukan sahaja pasukan bola sepak Jepun yang meninggalkan bilik persalinan dalam keadaan kemas, rakyat negara itu juga mendapat perhatian kerana memastikan stadium ditinggalkan tanpa sampah selepas perlawanan tamat.

Dan kini selepas 8 penyertaan Jepun di Piala Dunia, nampaknya mentaliti sama masih belum begitu meresap di kalangan masyarakat kita - bukan sahaja di stadium tetapi juga di setiap lokasi acara yang menghimpunkan ramai orang - menyaksikan ia sebenarnya sekadar pujian di bibir dan tidak dipraktikkan dengan baik.

Awal pagi tadi, petugas DBKL sekali lagi berhadapan situasi yang menyedihkan itu sehingga mengundang persoalan mengenai mentaliti sebuah negara maju - terutama selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkongsi kesediaan Malaysia untuk menganjurkan Piala Dunia pada masa hadapan.

Kejohanan sukan berskala besar paling hampir yang bakal dianjurkan Malaysia adalah Sukan SEA 2027, temasya dwitahunan yang menghimpunkan jagoan Asia Tenggara di Kuala Lumpur dan beberapa lokasi pilihan lain, selepas 10 tahun penganjuran edisi KL 2017.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video