Skip to main content

Sukan Lain

Bercuti di Japan rasanya macam dah lakukan full marathon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Lily

Tertarik saya untuk berkongsi pengalaman di Japan selepas saingan Deaflympics 2025 menutup tirai di Tokyo.

Japan dalam wishlist country saya, dan November 2025 dapat juga jejakkan kaki di negara Matahari Terbit itu -— gelaran Nihon atau Nipon dalam dalam bahasa Jepun sendiri.

Advertisement

Berdasarkan pemerhatian dan seperti yang diwar-warkan budaya berjalan kaki di Jepun memang sangat terkenal, tetapi tak hairan kerana sistem pengangkutan awam yang sangat efisien, laluan pejalan kaki di hampir semua bandar besar seperti Tokyo direka dengan selamat, bersih dan jelas serta lengkap bersama papan tanda yang mudah difahami.

Ini membuktikan mengapa berjalan kaki menjadi kebiasaan di sana, dengan cuaca sejuk yang mendorok penduduk dan pelancong memilih untuk berjalan walau melibatkan jarak jauh.

Selain, faktor keselamatan yang tinggi juga membuatkan orang ramai selesa berjalan bersendirian, walaupun pada waktu malam.

 

 

Kalau nak bercakap mengenai tarikan di sana, sangat banyak! Antara yang menarik di kawasan Tokyo, lintasan pejalan kaki tersibuk di dunia dan juga sering dikaitkan dengan filem Tokyo Drift — Shibuya. Sempat juga saya singgah di satu-satunya di dunia taman teman Disneysea, Tokyo Tower, Dotonbori yang berada di Osaka menjadikan kebanyakan tempat di sana terditi dengan identiti sendiri.

Kalau bab membeli belah memang syok habis, harga durian runtuh lebih-lebih lagi jenama kasut terkenal yang mempunyai potongan harga sehingga 50 peratus yang membuatkan pengunjung rambang mata mata untuk memilih.

Jadi kalau berkesempatan, jom la kita ‘half marathon’ di Japan lagi, pendek kata memang puas hati sambil menyelam minum air, sambil berjalan kita bersenam sekali :)

Must Watch Video