Beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri, tidak meletakkan sebarang tekanan kepada dirinya bersama gandingan baru, Bryan Goonting, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand dari 12 hingga 17 Mei depan.
Haikal sedang membentuk persefahaman dengan gandingan baharunya itu sambil menyifatkan mereka tetap dengan sasaran untuk berada pada kelompok 32 terbaik dunia,, hujung tahun ini.
Advertisement
Meskipun spekulasi hangat mengenai masa depannya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), juara Orleans Masters 2024 itu enggan mengulas lebih lanjut, sebaliknya fokus kepada kejohanan terdekat dengan membawa misi menewaskan lawan lebih baik.
"Lepas mesyuarat, Bryan terkejut saya pilih dia.
"Saya tidak bincang lagi dengannya.
"Tapi saya beritahunya jangan letak harapan tinggi -- tak perlu letak tekanan.
"Kami cuba dulu secara berperingkat.
"Cuma nak tak nak, saya sasarkan ranking 32 dunia," kata kepada wartawan Astro Arena, Faisal Bazari.
