Skip to main content

Bola Sepak

Badan bola sepak Argentina salur jutaan dolar ke Miami, mengapa?

Badan bola sepak Argentina salur RM1.2 bilion ke Miami, mengapa?

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) kini berdepan siasatan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) berhubung dakwaan penipuan dan pengubahan wang haram membabitkan ratusan juta dolar transaksi kewangan yang dikaitkan dengan operasinya di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Miami Herald dan La Nación, penyiasatan tertumpu kepada lebih ASD300 juta (kira-kira RM1.2 bilion) yang didakwa dipindahkan melalui bank serta syarikat di Florida Selatan, termasuk syarikat TourProdEnter LLC, yang mengendalikan perjanjian komersial antarabangsa AFA.

FBI bersama pendakwa raya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dilaporkan sedang meneliti sama ada struktur urus niaga AFA menggunakan institusi kewangan di Amerika Syarikat melanggar undang-undang negara itu, termasuk kemungkinan menyembunyikan asal-usul dana atau tujuan sebenar transaksi.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, ahli perniagaan sukan Argentina, Guillermo Tofoni, dilaporkan telah disoal siasat oleh pihak berkuasa Amerika ketika aksi Argentina menentang Cape Verde di Piala Dunia 2026 minggu lalu.

Laporan itu turut mendakwa penyiasat sedang meneliti beberapa transaksi yang dianggap mencurigakan, termasuk pembayaran berjumlah ASD340,000 kepada keluarga seorang individu yang digelar 'penasihat spiritual' skuad kebangsaan Argentina, selain ratusan ribu dolar lagi kepada syarikat dan individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pegawai kanan AFA.

Secara keseluruhan, media Argentina melaporkan penyiasat telah mengenal pasti kira-kira ASD90 juta penggunaan dana yang berpotensi menimbulkan persoalan, termasuk pemindahan melalui syarikat “shell”, perbelanjaan mewah dan transaksi rentas sempadan.

Siasatan itu turut memberi tumpuan kepada Presiden AFA, Claudio Tapia, yang kini berada di Amerika Syarikat mengikuti kempen Argentina di Piala Dunia 2026 namun tidak didakwa dalam siasatan FBI, manakala kes berasingan yang dihadapinya di Argentina berkaitan dakwaan salah urus dana cukai dan keselamatan sosial adalah tidak berkaitan dengan penyiasatan di Amerika Syarikat.

Sehingga kini, FBI belum mengesahkan secara rasmi kewujudan siasatan itu, manakala tiada sebarang pertuduhan jenayah difailkan di Amerika Syarikat terhadap AFA atau mana-mana pegawainya. Pihak berkuasa hanya dilaporkan sedang mengumpul bukti dan meneliti dokumen kewangan sebelum menentukan sama ada wujud pelanggaran undang-undang.

Kes ini dijangka mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan kerana melibatkan transaksi rentas sempadan, institusi kewangan di beberapa negara serta kerjasama antara pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Argentina.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video