Selepas hari ke-11 temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 menyaksikan kontinjen negara ketika ini sudah mengumpul lapan pingat emas sekali gus mengatasi rekod edisi lalu dengan tujuh pingat emas.
Malaysia ketika ini berada di kedudukan ke-10 dengan lapan emas, tiga perak dan tiga gangsa menjadikan 14 jumlah keseluruhan pingat.
Australia meneruskan cengkaman di puncak carta kedudukan dengan 65 pingat emas, 41 perak dan 52 gangsa (158 jumlah pingat), diikuti England -26 emas. 41 perak, 35 gangsa (102 jumlah pingat).
Tambahan kutipan pingat hadir menerusi atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed, menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam sukan judo sekali gus kilauan emas kelapan buat kontinjen negara menerusi acara judo kategori 81kg lelaki.