Ramadan 'The Scorpion' Ondash terus bernafsu dengan kali ini seperti mencabar juara dunia ONE Championship kategori Interim Muay Thai Strawweight, Aliff Rakib.
Jaguh muay thai Lubnan itu difahamkan mempelawa wakil Malaysia itu berentap dalam satu gelanggang bagi mengulangi semula pertarungan pada Disember tahun lalu.
Untuk rekod, Ramadan pernah tewas kepada Aliff dan itu merupakan satu-satunya kekalahan Ramadan setakat ini.
Portal tempatan Thailand melaporkan bahawa Ramadan mahu aksi kedua bersama Aliff sekiranya bersetuju menukar kategori dari strawweight ke flyweight.
Terdahulu, Ramadan memperoleh kemenangan menerusi keputusan 'split decision' ke atas Johan Ghazali Zulfikar dalam saingan The Inner Cirle di Stadium Lumpinee Jumaat lalu.
Olahan artikel dari Bangkok Post