Skip to main content

Olahraga

'Azeem Fahmi boleh, takkan saya tak boleh!'

danish ifthikar

Demikian reaksi pelari pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, menjelang Kejohanan Olahraga Remaja Dunia B-20 di Oregon, Amerika Syarikat bermula Rabu ini.

Atlet berusia 19 tahun itu mahu menjadikan pencapaian Azeem Fahmi dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 sebagai pembakar semangat buat dirinya dalam usaha memburu slot final acara 100 meter lelaki.

Catatan peribadi terbaik yang dilakar Danish Iftikhar dalam acara 100 meter ialah 10.18 saat yang dilakukannya dalam Sukan SEA Thailand 2025.

"Azeem boleh buat takkan saya tak boleh buat, betul tak?" katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Insya-Allah, doakan saya dapat melakukan sesuatu yang positif di sana dan saya akan cuba buat yang terbaik.

"Apa yang saya sasarkan bersama bapa saya, yang juga jurulatih saya, adalah cuba mendapatkan catatan bawah 10.3s atau 10.2s.

"Itulah perkara terbaik yang boleh saya lakukan kerana ia satu kejohanan tahap tinggi buat saya tahun ni.

"Saya akan menggunakan kejohanan ini sebagai satu platform untuk menunjukkan versi terbaik diri saya."

Untuk rekod, Azeem mencipta sensasi dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 di Cali, Colombia apabila memecahkan rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.09 saat.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video