Perlumbaan terpaksa berulang semula!
Wakil tuan rumah, Melanie Woods, menerima nasib malang apabila kejuaraannya dalam perlumbaan final acara wanita 1,500 meter (m) T54 Sukan Komanwel Glasgow 2026 dibatalkan.
Akibat beberapa siri bantahan, perlumbaan terpaksa dilangsungkan semula ekoran kemalangan kontroversi pada pusingan pertama.
Terdahulu, atlet Scotland itu mencipta rekod baharu temasya dan meraih pingat emas, namun kempunan dek berita buruk itu dan menimbulkan persoalan di kalangan peminat.
The women's T54 1500m final will be rerun following a series of protests after Wednesday night's dramatic race.
Scotland's Melanie Woods had originally claimed gold, with England's Ellis Kottas taking silver.
A major crash in the opening stages affected all but two athletes,… pic.twitter.com/qQ7DuaQXeY— AW (@AthleticsWeekly) July 30, 2026
Nandini Sharma dari Kanada pada asalnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua tetapi dibatalkan penyertaan kerana didakwa menjadi punca insiden berkenaan, sekali gus menyaksikan Ellis Kottas dinaikkan ke kedudukan kedua.
Kanada terus menghantar rayuan tetapi tidak dilayan. Bagaimanpun, Australia dan Mauritius yang mengemukakan bantahan menyaksikan badan induk olahraga para itu memutuskan supaya pertandingan dijalankan semula.