Skip to main content

Bola Sepak

Kenyataan terkini FIFA

Infantino

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata sebentar tadi bahawa ia akan meneruskan proses perundingannya untuk membawa pelaburan swasta ke dalam Piala Dunia dan kejohanan-kejohanan lain meskipun mendapat reaksi negatif serta kecaman daripada peminat mahupun kempen boikot yang diketuai oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) terhadap cadangan itu.

Badan pentadbir bola sepak dunia pada hari Selasa mengumumkan bahawa ia merancang untuk mewujudkan anak syarikat bernilai  RM81.6 bilion untuk mengendalikan Piala Dunia dan acara-acara lain.

Di bawah rancangan itu, FIFA akan menubuhkan FIFA Forward Enterprise untuk menyelia operasi komersial dan acara.

Cadangan itu mendapat kritikan hebat daripada konfederasi serantau, yang mendakwa presidennya, Gianni Infantino, sudah "menjual jiwa bola sepak".

"⁠Proses perundingan yang dirancang terganggu oleh laporan media yang salah.

"Kami akan meneruskan proses perundingan ini untuk memastikan setiap Ahli Gabungan mempunyai keupayaan untuk menyatakan undiannya berdasarkan fakta," kata FIFA dalam satu kenyataan.

UEFA yang menuduh FIFA mengundi untuk memboikot semua kejohanan FIFA, bersama-sama dengan 55 negara anggotanya.

"Tiada siapa yang menjual bola sepak. Ini bukanlah sesuatu yang akan dilayan oleh FIFA," tambahnya.

"Setiap orang berhak untuk menyatakan bantahan mereka dan mendapatkan penjelasan lanjut tetapi tiada satu entiti pun yang boleh mendakwa mewakili semua 211 MA di seluruh dunia.

"Setiap MA dibenarkan untuk menyemak semula cadangan itu dan bersuara dalam membentuk masa depan mereka sendiri. Ini adalah prinsip demokrasi FIFA."

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video