Baru dua penampilan bersama skuad kebangsaan tapi cipta sensasi berani!
Nama berdarah warisan Malaysia-Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal, menjadi bualan di media sosial apabila yang dimasukkan sebagai pemain gantian berhasil menjaringkan gol cantik menerusi sepakan percuma gemilang pada minit ke-84 untuk mengesahkan pesta gol Harimau Malaya.
Untuk rekod, itu merupakan gol sulung peribadinya bersama Malaysia dalam misi membantu negara menghadapi Piala Hyundai ASEAN.
Kemenangan 4-0 itu terus mengukuhkan kedudukan skuad kendalian jurulatih sementara, Tan Cheng Hoe, dalam Kumpulan B dengan enam mata, dan akan bertemu seterus tradisi, Thailand, pada Sabtu ini.
Steady, Wan Kuzain Wan Kamal.💫@ASTROARENA pic.twitter.com/gV86FUjmZS
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 28, 2026
Jaringan itu mendapat perhatian daripada portal terkemuka, ESPN Asia. Malah, ada yang menganggap sepakan tersebut terlalu berkualiti tinggi sebagai pemain yang berkelana di luar negara.
Di sebalik kecemerlangan bintang berusia 27 tahun itu, peminat Indonesia mempertikai cara penyelamatan penjaga gol Laos yang gagal menahan sepakan itu. Namun, ada juga yang terkejut melihat teknik Wan Kuzain.
Penyokong negara jiran mendakwa Keo Oudone tidak menggunakan tangan sepenuhnya untuk menepis lencongan tersebut akibat kekeliruan arah bola, sekali gus mempersoal kredibilitinya.
Ruang komen ASEAN United FC turut dibanjiri dengan ucapan membanggakan.