Peminat Harimau Malaya menzahirkan rasa bangga terhadap empat pemain naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue, Mohamadou Sumareh, Endrick dos Santos, dan Sergio Aguero.
Ini selepas keempat-empat pemain itu dilihat menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bersemangat sebelum perlawanan menentang Laos dalam saingan Piala Hyundai ASEAN di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa lalu.
Menerusi satu potongan video yang tular di media sosial, peminat meluahkan rasa bangga melihat mereka memiliki 'jiwa Malaysia' dan sentiasa bersedia untuk membela negara biarpun dilahirkan di negara berbeza.
Dalam perlawanan itu, Malaysia menewaskan Laos 4-0 dengan Josue membuka jaringan dalam babak pertama sebelum Endrick menggandakannya dalam babak kedua.
Tekanan yang diberikan Sumareh kemudian memaksa pertahanan Laos terjaring gol ke laman sendiri sebelum pemain warisan dari Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal, melengkapkan kemenangan itu dengan gol sepakan percuma gemilangnya pada lewat permainan.
Video: