Skip to main content

Ragbi

Pemain serba boleh, Rozy kini ketua jurulatih ragbi

Rozy

Sejarah tercipta, pemain serba boleh yang menyarung jersi Kuala Lumpur (KL) Wildcats, Rozliana Mohd Ridwan atau Rozy, dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan ragbi 7 sebelah (7's) wanita bawah 18 tahun (B-18) negara menerusi pengumuman rasmi yang dibuat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) pada Khamis.

Umum mengetahui, Rozy yang melakukan penampilan sulung dalam saingan Netball Super League (NSL) Malaysia bersama pasukan Putrajaya Dynamite, lebih dahulu terlibat secara serius dalam sukan ragbi dengan menimba pengalaman luas ketika mewakili negara dalam beberapa kejohanan besar, termasuk diberi kepercayaan sebagai kapten skuad bunga raya wanita.

Sumbangannya turut mendapat penghargaan menerusi penglibatan dalam program pembangunan bakat melalui Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP), yang menyaksikan ramai pihak menaruh harapan tinggi untuk lebih ramai pemain berbakat dari NRDP dipilih mewakili negara kali ini.

Rozy dan ketua jurulatih skuad Bunga Raya 7's lelaki B-18, Mohd Syahir Asraf Rosli, akan menggalas tanggungjawab mengemudi cabaran negara dalam The Asia Rugby Emirates U18 Boys & Girls Sevens 2026 yang dijadual berlangsung di Qingdao, China pada 5 dan 6 September nanti.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video