Skip to main content

Advertisement

Berbasikal

Azizulhasni cipta sejarah, raih Anugerah Khas Inspirasi Madani

Azizulhasni cipta sejarah, raih Anugerah Khas Inspirasi Madani

Legenda berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, terus mengukir nama apabila muncul sebagai atlet pertama menerima Anugerah Khas Inspirasi MADANI, hasil sumbangan dan komitmennya dalam memanfaatkan teknologi berbasikal sepanjang karier gemilangnya.

Pengiktirafan tersebut mencerminkan peranan penting Azizulhasni bukan sahaja sebagai atlet berprestasi tinggi, tetapi juga sebagai pelopor dalam penggunaan inovasi teknologi bagi meningkatkan prestasi di pentas antarabangsa.

Advertisement

Lebih menarik, Azizulhasni merupakan antara atlet yang melalui sendiri evolusi dunia berbasikal trek -- daripada penggunaan peralatan konvensional kepada teknologi moden berprestasi tinggi yang kini menjadi penentu kejayaan di kejohanan utama dunia.

Ketika ini, basikal WX-R menjadi antara 'senjata' utamanya dalam menghadapi cabaran di peringkat tertinggi, sekali gus membuktikan bagaimana gabungan keupayaan atlet dan kecanggihan teknologi mampu menghasilkan impak besar dalam sukan elit.

Topik Berkaitan

Must Watch Video