Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Cheng Hoe sudah jangka isu pelepasan pemain, sambut baik panggilan sulung Wan Kuzain

tan cheng hoe

Jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe, menyahut cabaran kembali ke pangkuan Harimau Malaya dengan minda positif biarpun tiada 'karpet merah' buat dirinya menjelang saingan Piala Hyundai ASEAN 2026 hujung bulan ini.

Cheng Hoe berkata isu pelepasan pemain sudah dijangka sambil turut berkongsi mengenai panggilan sulung Wan Kuzain Wan Kamal ke skuad kebangsaan.

"Saya terharu dilantik sebagai jurulatih interim skuad kebangsaan, ia satu penghormatan yang tinggi buat saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Dengan situasi ketika ini, saya mengambilnya sebagai satu cabaran kerana kita tahu selalunya Kejohanan AFF ini berada di luar kalendar FIFA dan ia sedikit sebanyak akan menjejaskan persiapan pasukan.

"Saya mahu berterima kasih kepada kelab yang melepaskan pemain mereka kerana saya tahu kebanyakan pasukan sedang berada dalam fasa pramusim.

"Sebagai jurulatih, saya memang positif terhadap apa yang kita ada sekarang ini.

"Saya melihat Wan Kuzain amat berkeinginan untuk berkhidmat dalam skuad kebangsaan, sudah pasti barisan kejurulatihan juga memantau prestasinya.

"Walaupun dia bermain dalam liga kedua di Amerika Syarikat, saya lihat kepada komitmen dan permainannya untuk memberikannya peluang beraksi.

"Dia akan bersama kami selepas tamat perlawanannya di sana dan dijangka akan tiba di sini pada 21 Julai ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video