Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: 'Tidak boleh pandang rendah Filipina, saya yakin Harimau Malaya boleh ke separuh akhir'

ff

Ketiadaan Jimmy Raymond dan Endrick Dos Santos menjadi batu loncatan buat pemain muda negara, Faris Danish serta Daryl Sham, untuk membuktikan kemampuan dan memburu tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya menjelang aksi menentang Filipina dalam kempen Piala Hyundai ASEAN di Cheras, Sabtu ini.

Jimmy dan Endrick dijangkakan akan terlepas baki saingan kejohanan itu selepas mengalami kecederaan serius sekali gus membuka ruang kepada pemain lain untuk galas tanggungjawab biarpun berlainan posisi.

"Saya mahu gunakan peluang yang diberikan jurulatih dengan sehabis baik, pasukan boleh buat lebih baik berbanding aksi sebelum ini untuk raih tiga mata.

 

 

 

"Banyak pemain pengalaman, saya boleh belajar daripada mereka. Saya rasa Malaysia lebih baik daripada mereka," kongsi Farish.

Anak buah Tan Cheng Hoe akan turun dengan misi wajib menang di laman sendiri ketika berdepan Filipina sekiranya mahu layak ke separuh akhir.

"Tidak boleh pandang rendah dengan mereka, kerana mereka pasukan yang bagus. Saya yakin Malaysia boleh ke separuh akhir jika lakukan yang terbaik ketika hadapi Filipina." tamah Daryl Sham yang sudah mengumpul empat kap antarabangsa.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di kedudukan kedua dengan berkongsi enam mata Bersama Filipina selepas tiga aksi, sementara Thailand mengungguli Kumpulan B dengan Sembilan amta selepas melakar tiga kemenangan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video