Skip to main content

Komanwel

Telinga kiri kena lutut, kanan kena 'seret' di lantai -- Pemenang emas Sukan Komanwel kongsi lambang kemegahan 'Telinga Cauliflower'

dd

 "Bukan cacat, tapi lambang kemegahan"

Itu reaksi pemenang pingat emas judo Sukan Komanwel 2026 kategori 81 kilogram, Amir Daniel Abdul Majeed, merujuk kepada 'cauliflower ear' yang dimilikinya.

Kedua dua telinga Amir tercedera teruk akibat sukan tempur yang dicintainya itu.

Judo bukan sekadar sukan, malah ianya merupakan 'kehidupan baru' buat Amir yang membesar dengan tubuh fizikal yang obesiti.

Judo mengubah kehidupan Amir secara total — sehinggalah terpaksa mengharungi kecederaan teruk di bahagian kedua dua telinganya.

"Sukan SEA 2023 di Kemboja saya dalam kem latihan di Jepun, telinga kiri kena lutut dan kanan pula saya kena 'seret' di lantai, jadi ini adalah telinga 'cauliflower' saya yang akan kekal selamanya.

"Bagi saya, ia lebih kepada trofi buat saya berbanding kecacatan, saya sukakannya kemudian ibu saya memarahi saya.

 

 

 

 

"Jika seseorang mempunyai telinga seperti ini orang akan katakan ia seperti telinga Khabib Nurmagomedov atau Islam (Makhachev), bagi saya ia adalah sebuah trofi, ini adalah apa yang saya lakukan untuk dapatkan pingat ini," kata penyumbang pingat emas kelapaan negara itu di Glasgow.

Sementara itu, kem judo negara sedang menanti pengesahan rasmi penglibatan Amir Daniel di temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Perkara itu suslan nama Amir Daniel tiada dalam senarai pendek atlet negara ke temasya terbesar Asia tersebut.

Memandangkan Amir kini merupakan salah seorang prospek podium negara di Sukan Asia, kontinjen negara sedang membuat rayuan untuk pemenang pingat emas judo Sukan Komanwel itu untuk dimasukkan pada saat akhir.

"Majlis Sukan Negara (MSN) sudah menyokong kami, cuma kami sedang menunggu kelulusan daripada pihak penganjur, Majlis Olimpik Malaysia (OCM) sedang usahakan, jadi kami sedang menunggu hitam putih untuk ke Sukan Asia.

"Sebelum ini dia berada dalam senarai Panjang tetapi tidak tersenarai dalam senarai pendek, pihak OCM sedang membuat rayuan." tambah jurulatih judo negara, Nashriq Nassir.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video