Skip to main content

Berita Sukan Am

AUG 2026: Tigris lambang keghairahan, keberanian atlet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tigris AUG

Maskot dengan nama Tigris menyemarakkan saingan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026, yang akan kembali diadakan di Kuala Lumpur hujung tahun depan selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 2008.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian, berkata pemilihan maskot harimau itu melambangkan keghairahan dan keberanian atlet kebangsaan untuk memburu kutipan pingat dalam temasya berprestij itu.

Advertisement

Dr Megat Sany turut memaklumkan Malaysia menyasarkan kedudukan tiga teratas dalam carta kedudukan pingat keseluruhan.

"Maskot Tigris ini ilhamnya daripada pertandingan yang telah kami telah anjurkan tahun ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Ia melambangkan keberanian, ketangkasan dan kecergasan untuk memastikan AUG yang akan dianjurkan tahun depan akan menjadi satu penganjuran terbaik.

"Sasarannya adalah untuk berada dalam salah satu tempat ketiga teratas."

 

Must Watch Video