Skip to main content

Badminton

Final Jelajah Dunia BWF: 5 wakil, tiada perseorangan, Pearly-Thinaah cipta sejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Pearly dan Thinaah

Lima wakil negara sah akan bertanding dalam Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China bermula 17 Disember ini.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, tiada wakil negara bagi sektor perseorangan, baik dalam acara lelaki mahu pun wanita.

Advertisement

Dua beregu lelaki akan membawa cabaran negara, iaitu gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, yang mengetepikan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Selain itu, dua beregu campuran juga dijangka akan memberikan saingan terbaik mereka, diketuai gandingan juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dan pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Dalam pada itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mencipta sejarah apabila julung-julung kalinya diletakkan sebagai gandingan pilihan utama selepas mengungguli ranking kelayakan.

Undian peringkat kumpulan Final Jelajah Dunia BWF akan berlangsung pada 13 Disember ini.

 

Must Watch Video