Bukan untuk bermain, tetapi bertemu peminat kesayangan.
Pemain kebangsaan Korea Selatan, Son Heung-min, akan kembali ke Tottenham Hotspur buat kali pertama sejak meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut Ogos lalu usai berakhirnya kontrak.
Advertisement
Menurut kenyataan rasmi pasukan, bintang berusia 33 tahun itu bertandang semula ke stadium Spurs bagi menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang SK Slavia Praha minggu hadapan.
Sonny’s coming home 🤍
Heung-Min Son will return to Tottenham Hotspur Stadium for the first time since leaving the Club to bid farewell to our home fans at our UEFA Champions League fixture with SK Slavia Praha on Tuesday 9th December.— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) December 3, 2025
Kehadirannya pasti dirindui peminat tempatan, sekali gus mahu mengucapkan selamat tinggal dengan lebih sempurna kepada semua penyokong.
Legenda Tottenham Hotspur itu menyertai Los Angeles dengan pencapaian menakjubkan apabila menjaringkan sembilan gol dalam 10 aksi.
Dengan 454 penampilan sepanjang 10 tahun, dia dengan julukan Sonny itu mencipta 173 gol dan 101 bantuan jaringan dalam semua pertandingan, termasuk meraih trofi pertama kelab selepas 17 tahun.
