Adakah kita akan menyaksikan Harimau Malaya kembali memakai jersi berwarna biru?
Syarikat barangan sukan terkemuka, Puma. dalam satu hantaran rasmi di Instagram mengesahkan bahawa skuad bola sepak negara akan mempunyai jersi ketiga.
Advertisement
"Sedia untuk yang ketiga," katanya.
Puma yang menggantikan Nike selaku rakan strategik pakaian rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu seperti memberi bayangan pasukan kebangsaan bakal memiliki semula warna kegemaran ramai iaitu biru pada masa akan datang.
Berkemungkinan besar, warna tersebut bakal digunakan pada Sukan SEA Thailand ini.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mempunyai jersi berwarna biru pada era 2018-2020.
Jika benar, ia sekali gus menyaksikan Malaysia bakal memperaga jersi itu selepas tujuh tahun di samping meneruskan tradisi dengan kombinasi warna kuning dan hitam.