Skip to main content

Sukan Lain

Pickleball Celebrity Slams gamit kemeriahan dengan kehadiran selebriti tempatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tomok

Kejohanan Pickleball Celebrity Slams di Setia Alam bermula esok dijangka meriah dengan kehadiran selebriti dan pemain profesional tempatan.

Team Panas, misalnya, membariskan Tomok sebagai wakil artis, di samping pemain profesional seperti Jose Farias.

Advertisement

"Kami baru sahaja berjumpa dan sebenarnya teruja dan tidak sabar untuk beraksi," kata Tomok kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Biasa beraksi di atas pentas tetapi kali ini di gelanggang pickleball, jadi saya amat teruja dan tidak sabar untuk menunggu Sabtu dan Ahad ini."

Antara pasukan yang akan turut mengambil bahagian ialah Dai Dai Pickleball milik pengacara terkenal, Datuk AC Mizal, yang membariskan Sharif Zero, Adlin Aman Ramlie dan legenda hoki, Datuk Mirnawan Nawawi.

 

Must Watch Video