Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA 2027: Malaysia tetapkan tarikh penganjuran di empat kluster

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA

Malaysia memilih untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 dari 18 hingga 29 September 2027, tarikh yang dipilih secara strategik kerana 18 September merupakan musim cuti universiti, manakala dari sudut meteorologi, tempoh ini masih sebelum bermulanya musim tengkujuh, sekali gus memastikan keadaan cuaca lebih stabil untuk penganjuran sukan luar.

Penetapan tarikh itu juga dibuat bagi memastikan temasya berlangsung selepas Hari Kebangsaan (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September), serta tidak bertembung dengan sebarang acara besar lain.

Advertisement

Pengumuman tarikh serta senarai awal 38 jenis sukan dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, selepas mempengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA ke-34 dan Sukan PARA ASEAN ke-14 di Putrajaya.

Pemilihan sukan dilakukan berdasarkan ketetapan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), kesesuaian venue sedia ada serta pertimbangan tambahan seperti senarai sukan teras, program Road To Gold (RTG) dan Program Podium.

KLUSTER PENGANJURAN SUKAN SEA 2027

Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Sukan SEA dengan 4 kluster utama bagi memastikan pengagihan venue lebih efisien dan memberi manfaat pembangunan sukan di seluruh negara.

1. KLUSTER SARAWAK (17 SUKAN)
Menjadi kluster utama dan lokasi upacara pembukaan. Antara sukan yang dipertandingkan: Akuatik, Angkat Berat, Bola Keranjang, Boling, Boling Padang, Esports, Gimnastik, Golf, Kriket, Memanah, Menembak, Muay, Petanque, Skuasy, Taekwondo, Tenis, Wusyu.

2. KLUSTER PULAU PINANG (6 SUKAN)
Sukan yang dianjurkan: Sepak takraw, Snuker & biliard, Judo, Tinju, Pingpong, Floorball.

3. KLUSTER JOHOR
Menjadi pusat untuk acara bola sepak.

4. KLUSTER KUALA LUMPUR (14 SUKAN)
Kuala Lumpur juga akan menjadi lokasi bagi Upacara Penutup Sukan SEA Malaysia 2027. Sukan yang dipertandingkan: Badminton, Berbasikal (Velodrom Nasional, Nilai), Bola tampar, Bola jaring, Ekuestrian, Hoki, Karate, Lawan pedang, Luncur ais, Olahraga, Pencak silat, Pelayaran (Pusat Operahu Layar Kebangsaan, Langkawi), Ragbi, Ski air.

Majlis Olimpik Malaysia bersama MASOC akan membentangkan cadangan penuh 38 sukan ini kepada SEAGF pada 8 Disember 2025 di Bangkok.

Selepas penganjuran Sukan SEA, Sukan PARA ASEAN ke-14 pula dijadual berlangsung dari 17 hingga 23 Oktober 2027 di Kuala Lumpur, merangkumi 18 sukan: Akuatik Renang Para, Badminton Para, Berbasikal Para, Boccia, Bola Keranjang Berkerusi Roda, Bola Sepak CP (Cerebral Palsy), Bola Sepak VI (Vision Impairment), Catur Para, Goalball, Judo Para, Lawan Pedang Berkerusi Roda, Memanah Para, Menembak Para, Olahraga Para, Pingpong Para, Powerlifting, Tenis Berkerusi Roda, Tenpin Boling Para.

 

Must Watch Video