Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengesahkan menerima rayuan daripada Persekutuan Bolasepak Senegal (FSF) bagi mengembalikan gelaran juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) kepada Senegal.
Perkara itu susulan Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) melucutkan gelaran juara skuad Les Lions de la Teranga selepas insiden 'walk-off' selai beberapa pemain Senegal yang keluar padang sebagai bantahan terhadap sepakan penalty yang diberikan kepada Maghribi dalam aksi final AFCON pada 18 Januari lalu.
Advertisement
Oleh itu, Senegal dianggap kalah daripada kemenangan tipis yang diraih Pape Thiaw sebelum ini sekali gus menjadikan Maghribi dinobatkan selaku juara AFCON bagi edisi 2026.
🚨 OFFICIAL: CAS confirms Senegalese Football Federation has appealed the decision to call Morocco as winners of the AFCON 2025, asking to restore Senegal as the original winners.
Appeal registered by CAS on 25 March 2026 “to set aside the CAF decision and declares the FSF… pic.twitter.com/iQqLBqVdFE— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 25, 2026
Jika rayuan difailkan, CAS bakal menjadi penentu muktamad dalam kes ini -- sama ada mengekalkan keputusan CAF atau memulihkan status Senegal sebagai juara.
"Rayuan itu bertujuan untuk membatalkan keputusan CAF dan mengisytiharkan Senegal sebagai juara AFCON.
"Ia juga memohon penggantungan segera tempoh penyerahan ringkasan rayuan sehingga alasan penuh keputusan CAF dimaklumkan." jelas CAS.