Skip to main content

Bola Sepak

AFC denda Ali Majrashi selepas insiden 'sepakan gunting' kepala Jairo

HSAHSA

Pemain pertahanan Al-Ahli, Ali Majrashi, dikenakan penggantungan tiga perlawanan serta denda berjumlah AS$2,000 (RM8,000) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan insiden kekasaran dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) Jumaat lalu.

Hukuman itu diputuskan oleh badan induk bola sepak Asia itu selepas Majrashi melakukan sepakan akrobatik yang terkena Jairo da Silva dalam perlawanan menentang yang berlangsung di Stadium King Abdullah, Jeddah itu.

Advertisement

Dalam aksi tersebut, Al-Ahli mencatatkan kemenangan 2-1 walaupun beraksi dengan 10 pemain, namun menyaksikan insiden Jairo tidak menyedarkan diri sebelum terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima 30 jahitan di bahagian atas bibir akibat kecederaan di muka.

 

 

 

 

Selain itu, mengikut MakanBola- Al-Ahli turut dikenakan denda AS$7,000 (RM27,700) kerana lewat kembali ke padang bagi babak kedua, manakala JDT juga didenda jumlah sama selepas tujuh pemain mereka menerima kad kuning dalam perlawanan berkenaan. 

Untuk rekod, Al-Ahli akan berdepan kelab dari Jepun, Machida Zelvia dalam perlawanan akhir pada Ahad ini.

 

 

 

Must Watch Video