Skip to main content

Bola Sepak

Mungkin ada kekhilafan -- Hamidin

Mungkin ada kekhilafan -- Hamidin

Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, mengakui kemungkinan berlakunya kekhilafan sehingga menyaksikan bajet tidak dibawa untuk kelulusan kongres sejak 2016 sedangkan ia adalah amalan asas dalam tadbir urus bola sepak.

Berlaku kemungkinan kecuaian membabitkan bajet tahunan yang tidak diaudit sejak 10 tahun yang lalu.

Perkara itu diakui oleh Hamidin dalam sidang media Kongres Luar Biasa (EGM) FAM Pertama 2026 di Ibu Kota sebentar tadi.

"Mungkin ada kekhilafan dalam kongres," katanya apabila menjawab soalan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam sidang media selepas Kongres Luar Biasa FAM di sini, hari ini.

"Tapi dalam mesyuarat kewangan dan exco (ia dibentang) cuma tidak disertakan dalam kongres tahunan."

Hamidin bagaimanapun menafikan fam melanggar keseluruhan perlembagaannya sendiri dengan menekankan hanya beberapa bahagian sahaja perlu dilihat dan dikaji semula.

Hamidin berada di tampuk Setiausaha Agung FAM sejak 2013 dan lima tahun kemudian dilantik sebagai Presiden menggantikan presiden sebelumnya iaitu Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Terdahulu, kedudukan Hamidin di badan induk itu boleh dianggap 'selamat' selepas tiada perubahan mengenai kedudukan itu dalam Statut Baharu FAM.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, yang menjelaskan ia atas permintaan perwakilan sendiri. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video