Skip to main content

Bola Sepak

Indonesia NT kini rasmi dalam EA Sports FC 26 & EA Sports FC Mobile

Indonesia NT kini rasmi dalam EA Sports FC 26 & EA Sports FC Mobile

Dalam perkembangan menarik untuk peminat bola sepak dan permainan video, skuad kebangsaan Indonesia kini secara rasmi disertakan dalam EA Sports FC 26 dan EA Sports FC Mobile.

Kerjasama eksklusif ini diumumkan oleh Football Association of Indonesia (PSSI) melalui anak syarikatnya, PT Garuda Sepak Bola Indonesia (GSI), 28 Mei 2026 lalu.

Keunikan pengumuman ini adalah menjadikan Indonesia sebagai negara nasional pertama dari Asia Tenggara yang tampil secara rasmi dalam francais EA Sports, salah satu permainan simulasi bola sepak paling popular di dunia.

Dalam permainan, pemain boleh mengurus dan bertanding menggunakan skuad Indonesia lengkap dengan,

i) Jersi rasmi dan lambang Garuda yang autentik.
ii) Kemiripan wajah pemain sebenar bagi pengalaman realistik.
iii) Mod permainan seperti Tournament Mode dan Kick Off, boleh diakses melalui PC, konsol, dan peranti mudah alih.

Pemain termasuk Thom Haye dan Marselino Ferdinan, menyambut baik penyertaan mereka dalam permainan ini, menyifatkan ia sebagai satu kebanggaan untuk peminat dan komuniti gamer di Indonesia.

Kerjasama ini dijadualkan berlangsung selama dua tahun, menunjukkan komitmen EA Sports FC dan PSSI untuk mempromosikan representasi bola sepak Indonesia di pentas digital antarabangsa, seterusnya meningkatkan eksposur pemain dan skuad negara dalam komuniti permainan global.

Langkah ini turut membuka peluang kepada peminat untuk merasai pengalaman sebenar mengurus dan bermain bersama Indonesia, sekaligus menguatkan hubungan antara sukan bola sepak sebenar dan dunia permainan video.

Sumber: en.tempo.co 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video