Wakil kelab Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), sempat bertemu wakil pegawai perubatan tuan rumah selepas insiden membabitkan kecederaan serius penyerang, Jairo Da Silva, dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACLE) di Jeddah, Jumaat lalu.
Menurut pengguna X dengan panggil @Rabanalsafena, dalam pertemuan itu menyaksikan juara Liga Super 12 kali berturut-turut tersebut memohon maaf atas kelakuan kasar ketua pasukan, Natxo Insa, seperti yang tular sebelum ini.
Advertisement
Terdahulu, Natxo berbuat demikian atas faktor tindakan pantas 'memaksa' pegawai perubatan supaya segera masuk ke padang memberi bantuan kecemasan kepada Jairo.
Pemain berusia 39 tahun itu membuat tindakan berani apabila berlari mengambil pengusung sendiri tanpa menghiraukan arahan pengadil.
🚨نادي جوهور دار التعظيم يقدّم اعتذاره للمسعف السعودي عقب مواجهة الأهلي ، في لفتة تعكس قيم الروح الرياضية والاحترافية العالية.
رسالة واضحة تؤكد أن احترام الكوادر الطبية يظل ركيزة أساسية في منظومة كرة القدم، وجزء لا يتجزأ من أخلاقيات اللعبة. https://t.co/wet2i4wblb pic.twitter.com/JX5GKes0x1— وليد سعيد (@Rabanalsafena) April 18, 2026
Perkara itu mendapat kecaman kerana perbuatan Natxo seperti bersikap garang terhadap pegawai perubatan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Luis Garcia, menyampaikan sehelai jersi ikonik Harimau Selatan dan sejambak bunga tanda penghargaan dan simbolik memohon maaf mencerminkan nilai semangat kesukanan dan profesionalisme.
"Mesej yang jelas menegaskan bahawa rasa hormat terhadap kakitangan perubatan kekal sebagai tonggak asas dalam sistem bola sepak, dan bahagian penting dalam etika permainan", kata individu tersebut.
Kemas kini perkembangan semasa, Jairo telah dibenarkan keluar dari hospital susulan beberapa jahitan dan proses rawatan berlangsung.
Al-Ahli selaku juara bertahan menumbangkan skuad kendalian Xisco Munoz 2-1 meskipun beraksi 10 pemain ekoran layangan kad merah, sekali gus mara ke separuh akhir dan menyingkirkan JDT.