Skip to main content

Bola Sepak

40 kelab E-Sukan elit dunia sertai program bernilai RM80 juta di Amerika Syarikat

E-sukan terus mendunia dengan projek terbaru melibatkan 40 kelab elit serantau dunia menerusi Program Rakan Kelab Esports Foundation bernilai 20 juta Dolar Amerika Syarikat, menjangkau lebih 300 juta peminat di seluruh dunia.

Inisiatif terkemuka ini sudahpun memasuki tahun ketiga menerusi pelaburan lebih 100 juta Dolar Amerika Syarikat dalam menyokong pertumbuhan dan memperluaskan capaian global selain terus mempromosikan sukan ini.

Advertisement

Program ini jelas menyokong pembangunan dalam operasi kompetitif, pemasaran dan penglibatan peminat dalam mewujudkan kerjasama unik bagi membolehkan penjenamaan secara global dapat dicapai selain menonjolkan personaliti, bakat dan perjalanan pemain.

Kelab yang dipilih secara kolektif ini mampu menjangkau lebih 300 juta peminat sekaligus menunjukkan pengaruh dalam membentuk interaksi lebih dekat merangkumi peminat di rantau Amerika Utara, Eropah dan juga Asia.

Berikut merupakan 40 kelab yang terpilih bagi Program Rakan Kelab EF 2026 : 100 Thieves, 9z Globant, All Gamers, Alpha7 Esports, Cloud9, Edward Gaming, Fluxo, W7M, Fnatic, FURIA, FUT Esports, G2 Esports, GAM Esports, Gen.G, Gentle Mates, GodLike, HEROIC, JD Gaming, LEVIATAN, MOUZ, NAVI, NIP.eStar, NRG, ONIC, REJECT, S8UL, Sentinels, T1, Team Falcons, Team Heretics, Team Liquid, Team RRQ, Team Secret, Team Spirit, Team Vitality, Titan Esports Club, Twisted Minds, Virtus.pro, Weibo Gaming, Wolves Esports, ZETA DIVISION.

Must Watch Video