Skip to main content

Bola Sepak

Sumareh tidak kisah beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro

Sumareh

Kelibat pemain sayap senior Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohamadou Sumareh, mencuri tumpuan ketika membantu JDT II menewaskan Malaysian University (MU) 1-0 dalam perlawanan Liga A1 Semi-Pro di Stadium UiTM, Shah Alam petang tadi.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata dia tidak kisah beraksi dalam liga berkenaan dan masih rasa teruja apabila diberikan peluang untuk beraksi.

Advertisement

Sumareh turut berkeyakinan JDT II mampu untuk meneruskan momentum untuk memintas pendahulu liga, Selangor II, memandangkan kedua-dua pasukan itu hanya dibezakan satu mata ketika ini.

"Tidak kisah JDT atau JDT II, selagi ada logo sama di dada anda, ia tetap JDT," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abdul Rouf.

"Saya masih gembira dapat bermain untuk JDT dan mendapat minit permainan.

"Ia bagus untuk saya, apabila setiap kali ada peluang untuk bermain dengan JDT, saya akan memanfaatkannya.

"Saya gembira bermain untuk JDT II kerana ia bagus untuk kecergasan saya.

"Kami boleh menjadi juara (Liga A1), kami memiliki satu perlawanan dalam tangan. Kami cuma tidak boleh cicir sebarang mata dan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan."

 

Must Watch Video