Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Pan-gon akur Selangor gagal manfaat peluang beraksi di laman sendiri

seee

Jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, berasa kesal selepas skuad kendaliannya tidak berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas terikat 1-1 berdepan Kuching City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2025/26 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Begitupun, jurulatih berusia 56 tahun dari Korea Selatan itu tidak menafikan anak buah Aidil Sharin Sahak memberikan saingan sengit selain memuji anak buahnya dapat mengadaptasi perkara itu.

Advertisement

Pemain import The Cats, Ronald Ngah Wanja, terlebih dahulu meletakkan pelawat di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42, sebelum gol Chrigor Moraes menyelamatkan maruah Selangor pada penghujung aksi untuk terikat 1-1.

"Aksi yang sengit dan kami lakukan dengan baik, tetapi kami sedikit bergelut dengan aspek penyudah selain kami bolos, ia bukan situasi yang baik.

 

 

 

"Kami menantikan aksi di tempat lawan untuk buktikan pemain kami berkualiti.

"Saya kesal kami tidak dapat gunakan kelebihan beraksi di laman sendiri, tetapi kami tetap teguh dan dalam aksi seterusnya kami akan berikan yang terbaik.

"Penyokong yang hadir sangat penting buat kami, kami tidak mahu mengecewakan mereka. Semangat kami tidak boleh berhentikan kami." katanya.

Untuk rekod, Kim Pan-gon masih mengekalkan rekod 14 perlawanan tanpa kalah dalam saingan domestik (Liga Super dan Piala Malaysia) termasuk dua aksi dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee.

 

Must Watch Video