Tajuk utama cerita futsal di Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 tentunya dominasi tuan rumah mempertahankan pingat emas di Kompleks Belia dan Sukan Shah Alam. Namun kisah di sebalik bagaimana emas kedua kem futsal lelaki tercipta itu menarik untuk disingkap!
Kapten, Syahir Iqbal Khan Zulkifli jadi tumpuan 48 jam sebelum saingan futsal membuka tirai sebaik disahkan positif Influenza pada tanggal 14 Ogos.
Ternyata sebagai kepala yang mengemudi pasukan, pelbagai rasa menghantui Syahir yang terpaksa menjalani kuarantin di kala rakan sepasukan berjuang mengejar misi mempertahankan kilauan emas yang diraih di Sarawak dua tahun lalu.
17 Ogos, kuarantin Syahir berakhir. Walaupun belum cergas sepenuhnya, tugasan lilitan kapten di lengan membuatkannya bangkit dan bertarung.
Sepertimana ciapan di laman media sosialnya "Dalam fasa dia paling rapuh, api semangat satu pasukan automatik meledak berganda. Setiap titisan peluh yang jatuh atas court bukan lagi pasal diri sendiri, tapi demi maruah lencana di dada".
Ternyata kem Selangor berbisa!. Hatrik Fitri Haqim Faiznizam menjadi tonggak kejayaan Selangor membenam Pulau Pinang 4-1 sekali gus memastikan tuan rumah menambah koleksi pingat emas sukma juga mempertahankan emas yang dimenangi dua tahun lalu.
Kem Futsal Wanita Selangor juga cemerlang pastikan pingat emas dipertahankan buat kali kedua berturut-turut.