'Kad merah ubah segalanya'
Itu reaksi ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, menyifatkan insiden kad merah yang dilayangkan pengadil perlawanan Afdzal Hilmi Zulkiflee, kepada pertahanan, Muhammad Fazly Mazlan, menuju rehat babak pertama sebagai titik tolak kegagalan pasukannya langkah kanan dalam aksi pembukaan Liga Super 2026/27.
Tanpa berselindung, dia mengakui situasi itu telah merencatkan perancangannya sekali gus memberikan ruang buat DPMM mencipta jaringan tunggal menerusi sentuhan penyudah tonggak import, Miguel Oliveira, pada minit ke-63 perlawanan.
Meskipun kecewa gagal meraih kemenangan di laman sendiri, Wan Rohaimi percaya anak buahnya telah tampil aksi terbaik sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Pengendali berusia 50 tahun itu memberikan jaminan, Harimau Kumbang akan bangkit buru tiga mata sulung tatkala bertandang ke Likas bertemu Sabah Jumaat ini.
Keputusan minggu lalu itu menyaksikan Penang kini merekodkan kekalahan kedua berturut-turut dalam perlawanan pembukaan Liga Super di Stadium Bandaraya sejak musim 2025/26.
"Saya bersetuju kad merah itu merosakkan perlawanan, saya tidak merungut pengadil beri kad tetapi apabila kurang pemain tindakan dapat kad merah itu menjadi punca Fazli Mazlan lakukan tindakan itu, itu kekasaran profesional tetapi kesannya mengganggu perancangan kami.
"Itu buatkan DPMM selesa menakan kami, dalam aksi seterusnya di Sabah saya pesan kepada pemain bersedia untuk bangkit." katanya.