Naib juara Piala FA musim lalu, Sabah, bakal membuka tirai perhitungan pusingan 16 Piala FA terbaik menentang juara lima kali, Selangor.
Apakah langkah Sabah akan sekali lagi sampai ke final?
Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), pula diundi bertemu Universiti Malaya (UM)-Damansara United.
Kuching City bakal bertemu Kelantan Red Warrior sementara Terengganu menentang wakil Brunei, DPMM.
Saingan dijadual bermula September ini dengan saingan final bakal berlangsung Januari 2027.
Rujuk jadual penuh:
🚨Derby utara, Kedah FA lawan Star City dan Sabah jumpa Selangor antara yang mencuri tumpuan untuk undian pusingan 16 Piala FA 2026/27. 🗳️@ASTROARENA pic.twitter.com/cNDVuRPiHm
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 24, 2026