Skip to main content

Pelayaran

Negeri Sembilan raih juara keseluruhan acara optimist T-Sail Cup 2026

rad

Skuad pelayaran Negeri Sembilan cipta sensasi apabila muncul juara keseluruhan Terengganu Sail Cup (T-Sail Cup 2026) bagi kategori optimist dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Pelayaran Negeri Terengganu di Kuala Nerus.

Menurut Ketua Jurulatih mereka, Hamdan Mohd Rozi - Ini merupakan sebuah pencapaian yang cukup positif buat Negeri Sembilan dalam pembangunan sukan tersebut selain jadi penanda aras buat pasukan menuju kejohanan akan datang.

Tambahnya lagi, kejayaan mengungguli kategori optimist jadi pencetus buat skuad Negeri Sembilan untuk jadi pencabar di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung di Selangor pertengahan ogos ini.

Terlepas penyertaan di pentas SUKMA 2024 di Sarawak, Negeri Sembilan mahu manfaat peluang dalam edisi 2026 ini untuk sumbang pingat buat kontinjen Negeri Sembilan.

Kejayaan mengungguli kategori optimist ini semestinya dipacu kehebatan pelayar muda berusia 15 tahun, Putra Hasief Haikal Erwanzee yang turut sumbang perak bagi acara optimist berpasukan.

Advertisement


T-Sail Cup yang berlangsung selama 4 hari ini mempertaruhkan 7 kategori utama dengan penyertaan sebanyak 136 pelayar keseluruhan dari seluruh negeri di Malaysia.

Must Watch Video