'Jangan cabar kami'
Itu ungkapan ringkas Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei, berhubung pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sebelum ini yang memberikan bayangan sedia mempertimbangkan semua pilihan yang ada termasuk bergerak secara profesional bagi mengekalkan status mereka sebagai gandingan.
Menerusi wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, berkongsikan: "Jangan cabar kami - Datuk Lee Chong Wei.
"Ia susulan the berita mengenai split antara Aaron Chia- Soh Wooi Yik selepas Kejohanan Dunia BWF 2026.
🚨Jangan cabar kami- Datuk Lee Chong Wei
Ia susulan the berita mengenai split of Aaron Chia- Soh Wooi Yik selepas Kejohanan Dunia💪🏿🏸
Aaron-Wooi Yik tampil memberi gambaran mereka lebih selesa bersama gandingan asal tetapi menerima secara terbuka keputusan BAM🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/4xwQeYf7PQ— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 26, 2026
"Aaron-Wooi Yik tampil memberi gambaran mereka lebih selesa bersama gandingan asal tetapi menerima secara terbuka keputusan BAM." katanya ketika dihubungi wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Sebelum ini Aaron-Wooi Yik yang baru bergelar naib juara Kejohanan Dunia BWF difahamkan akan kembali menjadi ‘scratch pair’ menjelang Kejohanan Badminton Masters China 2026 yang dijadualkan akan bermula 1 September nanti.