Manchester City melengkapkan pembelian pemain tengah Lille, Ayyoub Bouaddi, dengan perpindahan bernilai sehingga €110 juta euro (RM468 juta), sekali gus menjadikannya pemain remaja termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain berusia 18 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun sehingga 2031 selepas City mencapai persetujuan dengan Lille untuk yuran tetap £81.3 juta (RM444 juta), dengan tambahan £4.3 juta (RM23 juta) dalam bentuk bonus.
Perpindahan itu menyaksikan Bouaddi mengatasi rekod Leny Yoro yang menyertai Manchester United daripada Lille pada 2024 dengan nilai £58.9 juta (RM323 juta).
Bouaddi is a Blue 🩵 pic.twitter.com/7EvUPSW5pp
— Manchester City (@ManCity) August 26, 2026
Bouaddi mencuri perhatian selepas menjadi antara tonggak Maghribi ketika mereka mara ke suku akhir Piala Dunia 2026, selain membuat 30 penampilan Ligue 1 bersama Lille musim lalu.
Ketibaan Bouaddi dilihat sebagai sebahagian daripada usaha City menyusun semula bahagian tengah selepas pemergian Rodri, Bernando Silva dan Tijjani Reijnders pada jendela perpindahan kali ini.