Skip to main content

Bola Sepak

Saya harap dia datang lebih awal, kata Sumareh kepada calon naturalisasi baru Harimau Malaya

k
Advertisement

Sebuah impian yang bermula sejak zaman kanak-kanak, kini membuka kemungkinan untuk Bertrand Fourrier kembali menjalinkan hubungan istimewa bersama Malaysia.

Kali ini bukan sekadar sebagai seorang pemain muda, tetapi berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya.

Advertisement

Penyerang kelahiran Cameroon itu pernah membesar bersama Akademi Remaja Kuala Lumpur (KLYS) dan berkongsi padang dengan Mohamadou Sumareh, yang kini turut memberikan sokongan penuh terhadap hasratnya mewakili negara.

Susulan video yang tular di media sosial, Fourrier ditemubual secara eksklusif oleh Zulhelmi Zainal Azam untuk mengungkap kisah di sebalik ikatan istimewanya dengan Malaysia.

Advertisement

"Selepas satu temu bual yang bertanyakan mengenai zaman kanak-kanak saya, saya sebut Malaysia dan daripada situ ramai orang menghubungi saya untuk beraksi untuk Malaysia.

 

 

 

 

"Ya, kurang atau lebih (tinggal lima tahun di Malaysia), saya mempunyai pengiring daripada Malaysia, rakan baik saya apabila saya berkahwin nanti, seperti itu sangat penting Malaysia buat saya. Saya mempunyai keluarga yang besar di Malaysia."  katanya.

Fourrier yang turut memiliki kerakyatan Perancis kini beraksi di Liga Rusia dan telah membuat 14 penampilan, dimana penyerang berusia 29 tahun ini merekodkan 5 gol dalam 768 minit permainan.

"Ya ya harap berlaku (Bertrand wakili Malaysia), Saya harap dia datang lebih awal untuk beraksi dengan saya tetapi dia lewat, saya gembira melihat dia sejak di KLYS lagi, kami memulakan karier di sini dan mewakili negara yang sama. Ia sesuatu yang besar buat kami.

"Dia sangat bagus, pemain yang bagus. Dia akan menjadi nilai tambah buat skuad kebangsaan, saya yakin itu." tambah Mohamadou Sumareh.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video