Bekas pemain Negeri Sembilan, Terengganu, PDRM dan Penang membuat keputusan menggantung but tatkala musim Liga Malaysia (Liga-M) baru sahaja bermula.
Siapa yang tak kenal dengan Bruno Suzuki.
Penyerang berdarah Jepun-Brazil itu mengumumkan persaraan dalam satu hantarannya di Instagram selepas beraksi dalam kancah tempatan sejak 2017.
Tonggak berusia 36 tahun itu memiliki 17 tahun pengalaman sepanjang karier bergelar pemain bola sepak profesional dengan Machida Zelvia antara pasukan yang pernah diwakilinya sebelum ini.
Tinjauan di laman transfermarkt menyaksikan Bruno Suzuki memiliki 83 penampilan dalam Liga-M.
Dia turut menegaskan bakal menceburi bidang kejurulatihan dan bersedia berkongsi ilmu kepada generasi baharu.