Skip to main content

Bola Sepak

Jerome Etame kemudi kenduri gol Kuching City, tiga mata dengan 10 pemain!

v

Walaupun Kuching City hadir ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi sebagai pasukan pilihan tetapi jaringan hatrik pemain import kelahiran Cameroon, Jerome Etame telah memastikan pasukan kendalian Aidil Shahrin Sahak itu pulang dengan mencapai piawaian sebagai pencabar kelompok atasan Liga Super musim ini.

Berhadapan KL City yang dipalit kontroversi kekurangan pemain dengan akhirnya tampil memulakan perlawanan dengan hanya 10 pemain serta seorang pemain simpanan, skuad The Cats pada awalnya menepati ramalan untuk mendahului perlawanan dengan dua jaringan pendahuluan dalam tempoh setengah jam permainan menerusi penyerang berbisa, Ajdin Mujagic dan Etame sendiri.

Kegusaran bermula apabila pada minit ke-44, Kuching City kehilangan kapten, James Okwuosa yang dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Sharvin Selvakumaran dan ini menjadikan persaingan dilihat ‘kembali seimbang’ dengan kedua-dua pasukan hanya memiliki 10 pemain diatas padang.

 

 

 

Disinilah Etame yang berusia 30 tahun tampil memastikan momentum perlawanan tidak berubah dan terus berada di dalam kawalan The Cats dengan meledak dua jaringan berturut-turut iaitu pada minit ke-48 dan ke-52, sekaligus melengkapkan hatrik pertamanya musim ini.

Hasil serangan berkualiti yang berterusan dari kem pelawat terus menyaksikan tambahan jaringan menerusi Mujagic pada minit ke-59, sebelum Etame menambah koleksi jaringan keempat peribadinya pada masa tambahan babak kedua yang mengesahkan kemenangan sulung Kuching City musim ini.

Kemenangan bergaya 6-0 keatas KL City membolehkan Kuching City berada di kedudukan kedua Liga Super yang kini dipimpin Johor Darul Takzim dengan dua kemenangan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement